Friday, December 7, 2012

Main Dota

Sejak masok Upnm ni mkin kerap aku main game dota ni. ntah cmner, baru je stat main masa cuti sekolah ari tu sbb da xde game nk main. tu pon sbb tengok adik main(tibe2 tertarik) kat mrsm dulu kawan ajak main tapi x reti main, so tngok je la diorang main. mcm bengong gak tngok diorg main tekan2 tanah mcm game red alert yg aku gila dulu. Hehehe..tapi seronok gak dapat release tension kt sini. Bole seronok2 main dengan kawan2.. kuat gak pengaruh dota ni yek. Haha.. tapi kadang2 game ni bole buat ketagih dan lalai. So waspada la kpd sume player dota.
#xde keje citer pasal game            

Wednesday, November 21, 2012

Bangga Jadi Kadet UPNM

Asalamualaikum

bergaya kt ofis lestari
Dulu aku x tahu apa tu UPNM sampai la kawan mak aku citer pasal UPNM ni dapat elaun dan belaja ditaja.. aku minat engineering dan aku dulu da smbung study kat Curtin Universiti Sarawak under MARA. tapi lepas aku kuar aku terpaksa bayar yuran belaja kat sana. aku x mampu utk cari duit lain memandangkan mama seorang yg mnyara keluarga. utk mengurangkan beban mama aku join upnm. nk masok sini serius susah. macam2 ujian masa interview. alhamdulillah aku berjaya dan aku menjadi Pegawai Kadet UPNM. Setiap kelebihan ada kekurangan dan setiap kekurangan ada kelebihan. kat sini kene kuat ketahanan mental dan fizikal. kene tahan mcm2 ujian dan dugaan. tapi jaminan kerja, gaji dan belaja percuma adalah kelebihan kat sini. aku rasa bersyurkur gila. dapat gak aku tlg keluarga aku. lagipun org luar respect student dalam UPNM ni. so aku nk jadi contoh terbaik utk sume org..

Friday, October 12, 2012

Happy Hour

asalamualaikum..

So ari ni aku nk cerita siket pasal function aku mlm tuh. bnda ni da lama da buat cuma aku x sempat share kat sini jer. kebiasaan dalam askar ni akan buat majlis seperti ini utk bergembira. semua terlibat termasuk senior rank holder, pegawai dan semua jurulatih. dalam mjlis mcm ni mcm2 xtiviti dilaksanakan seperti mkn2,  permainan, persembahan dan karoke. aku mls nk terlibat dalam pape acara cume mkn tu wajib la sebab aku nk rehat jer. join bnda ni pon da penat lagikan buat mcm2 persembahan. so, mlm ni senior pon mcm kitorang gak. xde nk taji( bagi hukuman latihan) atau marah2. haha. semua pon enjoy cume selagi pegawai x kuar dari mess(tempat majlis) selagi tu x habis mjlis. sepatut majlis hbis pkul 12 tapi ada yg balik awal terus smbung dan layan pegawai sampai kul 2. aku pon da mental memekik2 mcm org gile dalam tuh. haha. pape pon. ni pengalaman baru aku,

Thursday, August 30, 2012

Dugaan Kat U

asalamualaikum.

aku bukan nk takutkan saper2 pun. tapi inilah realiti kehidupan sebagai seorang pelajar universiti. mcm2 perkara perlu difikirkan x mcm sekolah dulu. sebenarnya aku hadapi masalah dalam pelajaran dan kawan2 juga. performance aku kat sini x mcm aku kat mrsm dulu. walaupun aku dulu agak malas tapi aku x ketinggalan semua pelajaran. kat sini terutama sekali dalam asasi ni, 1 minggu tu akan 1 chapter habis. tapi kalau 2 chapter tu dicompact jadi 1 chapter mcm mana pulak? bayangkan kalau tertinggal kelas. result exam aku pun x berapa bagus, aku agak risau utk berhadapan dengan final exam. aku memang sibuk untuk bahagikan masa aku dalam ketenteraan dan pelajaran. tapi aku bnyak gak membazir masa dengan benda yg x faedah. aku takut aku x dapat kembalikan masa2 yg da lepas. kesedaran ada dlm diri aku. minda aku sentiasa berfikir utk siapkan tugasan, belajar topic yg x faham dan ulangkaji. tapi aku still x mampu utk melakukan demikian. aku nk diri aku ni jadi kuat utk terus belaja kat sini dengan dugaan2 ni. dulu aku rasa aku da bersedia, lagi2 bila aku dapat masuk kat u ni rasa semangat nk belajar tu berkobar2, apakah yg mnjadikan aku mcm ni? kawan? kawan aku ada je yg pandai2 dan rajin. tapi aku x bole ikut diorang. apakah yg aku dapat sekarang ni x mncukupi? aku x tahu apa lagi yg aku perlukan utk aku berjaya disini. ya Allah, aku tahu aku seorang yg lemah, kau berikan petunjuk supaya aku dapat mnghadapi hari2 seterusnya.

Saturday, July 21, 2012

Berpuasa Di UPNM

Asalamualaikum,
alhamdullillah, sudah tiba bulan mulia bulan ramadhan. sebenarnya x perasan pun ramadhan dah tiba, tahu2 esok da kene puasa. duduk kat upnm ni terasa waktu begitu cpt, setiap masa perlu dikejar dan berharga. waktu wekeend la paling berharga sekali. kalau boleh nk jauh2 dari sini utk lupakan kejadian2 pahit di upnm.

Mcm biasa setiap hari akan ada perbarisan. tapi dlm bulan pose ni ada jugak baris utk sahur, utk bukak pose ngan utk g terawih. serius rasa mcm baris ni sngat leceh, mmbazir masa dan memenatkan. tapi nk x nk sume ni da termasuk dlm peraturan.

Hari pertama puasa da kene denda mcm2, mmg pengalaman baru yg pernah rasa lagi lah. walau sakit dahaga ngan lapar terpaksa harungi jugak. kesimpulannya bulan pose ni kene la bnyak2 kan sabar. supaya kita mndapat manfaat di sebaliknya. selamat berpuasa.

Saturday, June 30, 2012

MoSis

Minggu Orientasi Siswa (MOSIS) yg diadakan khas utk pelajar baru tahun 2012, program ni bertujuan mmberi pendedahan awal kpd smua pelajar termasuk kadet dan juga awam, waktu ni layanan sama rata, awam atau kadet akan dilayan mcm kadet. kesian awam. padan muka diorg. tapi utk seminggu sahaja dan diambil oleh senior2.
Mcm2 xtiviti diadakan utk merapatkan hubungan dan utk lebih mngenali antara satu sama lain. aku dlm grup fantastic 14 yg diambil oleh pn Afiqah dan Tn, Nazren, walaupun grup ni mcm hambar sbb kitorang x reti nk bagi idea, tapi aku rasa grup ni la plg terbaik.
melalui program ini aku dpt tahu sumting tersembunyi dlm diri kwn2 aku yg mana aku tahu pasal masalah2 ngan cerita sedeh diorg.
hari akhir MOSIS, dgn preparation utk malam melody kita yg singkat, sume persembahan akhirnya berjaya juga disiapkan. mulanya aku masuk ulik mayang then aku tukar ke street dance sbb aku lagi minat yg ni. bila mlm terakhir aku rasa sedih lak sbb kitorang dgn awam lepas ni da kurang bercampur.
lepas ni preparation utk minggu akedemik pulak :)

Friday, June 22, 2012

Latihan Tunas Wira

Asalamualaikum
hari ni aku nk kongsikan pengalaman tunas wira yg sedikit sebanyak telah mencorak kehidupan aku dalam bidang ketenteraan. so kesimpulannya latihan ini bertujuan untuk membina jati diri, ketahanan mental dan fizikal dan disiplin kpd semua pegawai kadet di UPNM. pelbagai aktiviti dijalankan seperti kawad, latihan renang, perapungan, river crossing, pengenalan senjata, taklimat, PT dan bnyak lagi.

latihan 5 minggu ni nmpak berat namun aku berjaya habiskan juga. alhamdullillah sampai ke hari ini aku masih diber kekuatan utk terus berjuang di UPNM. bnyak peristiwa yg terjadi nmun x dpt utk aku kongsikan kerana terlalu bnyak. pada mulanya aku rasa x senang degan staf2 dan jurulatih2 yg ada kat sini tapi lama kelamaan aku dpt menerimanya kerana ada sebab tertentu berkenaan arahan jurulatih. kami diajar berdisiplin dan menghormati pegawai atasan. segala bnda yg kecil jadi besar dalam tentera. nk x nk kene ikut jugak la.

utk 5 minggu ni mcm2 bnda aku da dapat. bju issue*(baju yg ditaja) seperti baju latihan dan unifom, boot, peralatan katil dan bnyak lagi diberi secara percuma. tapi utk sekali saja. kalau hilang kene beli sndiri pasni.

latihan tunas wira diakhiri dengan memberi pngkat kpd smua pegawai kadet dan majlis penutup yg agak gmpak dengan tarian war dance. selepas ni mula minggu akedemik.

Thursday, May 17, 2012

Langit Impian

Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat Datang ke Langit Impian hak cipta terpelihara Muhammad Taqiuddin. Insyaallah blog ini akan lebih menarik dari masa ke masa. sekarang ni pun da masa2 getir sebab da dekat dengan tarikh melapor diri. Rasa mcm belum cukup lagi preparation walaupun da joging, g gym dan jaga makan. harap diberi kekuatan serta semangat untuk terus berada di UPNM sehingga tamat pengajian. 20 mei nnti lapor diri, taklimat entah pape dan orientasi. so, adakah aku ni betul2 ready? x jugak, aku wat preparation pon cm buat x wat. sekarang ni pun borang ngn barang2 x setle lagi. aku nk habiskan sisa2 hidup bebas cmni. main game, contact kwn2 aku, keluar jalan2 ngan mereka. Takut nnti kat sane aku x de masa nk contct diorg lagi. ada jugak kwn2 aku yg x snggup aku tinggalkan. syg betul aku kat diorg kan. x lupa gak famili aku dan org istemewa aku. sume kenangan ngan mereka xkan aku lupakan walaupun aku da mnjejakkan kaki ke UPNM. aku x kan lupa diri dan siapa aku. cewahh.. doakan aku berjaya ye. kepada sume readers aku nk ucapkan terima kasih kerana sudi membaca coretan aku yg serba kurang ni. thank you . . .

Friday, May 11, 2012

Salam Perkenalan

Nama aku Muhammad Taqiuddin Mohd Daim dan ini second blog aku khas utk aku citerkan pasal kenangan di UPNM nnti. so aku baru dapat surat tawaran semalam utk aku lapor diri pada 20 mei nnti dan akan mengikuti latihan Tunas Wira. Semasa latihan ini kami semua belum belajar lagi . kami sama2 belajar mngikut jurusan sewaktu 24 jun ber-sama2 pelajar awam sekali. okeh. harap blog ini dapat memuaskan semua org. insyaallah.